Thursday 10 March 2011

Terima Kasih Sahabatku



Sahabatku..
Kau telah diutuskan untuk berkawan denganku,
Susah senang kau sentiasa bersamaku,
Kau tak kenal erti telah bila melayan keranaku,
Kau lah sahabat sejati...

Sahabat..
Segala rashiaku kau peliharanya dengan baik,
Kau seorang pendengar yang setia bila aku memerlukan kau,
Kau seorang pakar motivasi yang selalu menasihatiku di saat aku lemah dengan duganya,
Kau seorang doktor yang sentiasa menjaga aku ketika aku sedang sakit,
Kau seorang pegawai bank bila aku tengah sesak tidak duit,
Kau seorang ibu yang sentiasa terus meyayangiku, membelaiku ketika aku sedang kerinduan,
dan kau seorang teman istimewa buat ku...


Sahabatku..
Terima kasih di atas segala-galanya,
Ampunkan segala kesalahan & kesilapan yang telah aku lakukan terhadap mu,
Halalkan makan minum ku sewaktu kita bersam dahulu,
Ku doakan kau sentiasa berada di dalam kebahagian & terus berjaya apa jua yang kau impikan,
Hanya tuhan sahaja yang mendapat membalas jasa pengorbananmu selama ini..

Sahabatku..
Perjalanan kita untuk bersama terhenti semantara disiini,
Ku harap selepas ini kita telah terus kekal bersama seorang sahabat, 
Ku akan sentiasa menunggu masa untuk berjumpu dengan mu,
Ku akan sentisa merinduimu malah terus menyayangi sepanjang hayatku,
Biarlah semua kenangan-kenangan kita bersama dahulu terpahat di hati ku,
Biarlah potret  wajahmu sentiasa bermain di dalam  fikiran  ku...

No comments: